My Coinbox :)

Tuesday, April 19, 2011

Tuan Haji Rosland bin Mohd Yusof

Hello people : ) Hari ni saya nangis. Tak percaya sudah. :P Nak tahu kenapa saya nangis? Okay.. Pada masa rehat ke-2 saya, saya tengah makan dengan kengkawan. Tibe-tibe ayah angkat kesayangan aka Cikgu tersayang saya datang. Sapo sapo ?? Tuan Haji Rosland : ) Yeah, saya sayang beliau. Beliau seorang guru yang sangat berkuasa/powerful. Saya tau ramai orang sangat sangat menghormati beliau.  Bila saya menghampiri beliau, tiba-tiba sahaja, air mata saya mula menitis. Cikgu tanya kenapa? I jawap dengan jujur. "Semalam cikgu tak datang. Saya rindu cikgu maka saya mengangis."




Beliau orang yang sangat baik dan berpegang pada janji. I rase sangat sangat sedih bila teringat yang beliau akan berpindah ke SMK Taman Johor Jaya 2. So kengkawan kat SMK Taman Johor Jaya 2, hormatilah beliau sebab beliau seorang yang sangat sangat baik. You baik dengan beliau, maka beliau akan baik dengan you. Trust me. Walaupun i mengenali beliau selama 2 tahun lebih sahaja tetapi beliau sangat baik dengan anak muridnya.


Saya mewakili kelas 3 Arif 2011 ingin mengucapakan ribuan terima kasih kerana telah memberi sumbangan yang sangat bernilai dihati kami. Jasa Tuan akan kami sentiasa mengingati. Sebahagian besar daripada kami ingat yang Tuan akan mengajar kami apabila kami meningkat ke Tingkatan 5. Tetapi dengan rasa hampa, kami menerima kenyataan yang beliau jugak perlu menerusi kehidupan Tuan. Tuan telah diberi penaikkan pangkat sebagai pengetua di SMK Taman Johor Jaya 2. Semoga Tuan tidak akan melupakan kami di SMK Taman Pelangi : )


Kalau saya menangis lagi, saya minta maaf dahulu ya : )

1 comment: